605K Bangsa Usahawan Bangkit Semula, RichWorks Komited Bantu Setelah Pandemik 2021| 2021 telahpun melabuhkan tirainya. Pelbagai cabaran, dugaan, suka duka telah dilalui oleh ramai orang yang berdepan bukan sahaja musibah pendemik Covid-19 yang melumpuhkan hampir keseluruhan ekonomi negara, bahkan berhadapan dengan bencana banjir besar yang menenggelamkan sebahagian besar pantai barat Malaysia.




Ramai yang terkesan? Ya. Ramai yang sangat terkesan dengan semua ini lebih-lebih lagi para usahawan kecil yang hilang mata pencarian. Bagaimana mahu memulakan perniagaan tanpa modal? Bagaimana mahu memulakan kehidupan? Terlalu banyak kesukaran yang dihadapi oleh mereka

Program Keusahawanan Secara Percuma 

Rentetan dari itulah, Datuk Wira Dr Azizan Osman, Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd tampil bagi membantu seramai ‘605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula, Setelah Pandemik 2021’ dengan mengadakan program percuma bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. Richworks prihatin kan?

RichWorks komited mengadakan 13 program keusahawanan secara percuma yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada 2021. Tanpa disedari Richworks prihatin dan Richworks bantu rakyat untuk terus maju ke hadapan walau apa sahaja situasinya.




Antara program yang telah mendapat tempat dihati rakyat adalah program Wanita Bangkit Berniaga (WBB) sebuah program yang mendapat pengiktirafan kerajaan dimana kerjasama RichWorks International Sdn. Bhd bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Program ini telah mendapat pengiktirafan kerajaan apabila disebut dalam Dewan Rakyat oleh Datuk Seri Rina Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Perjalanan Richworks 2021 ini sangat meluas dan ini adalah peluang untuk Richworks bantu rakyat.


Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell) Bantu Mangsa Banjir

Dengan #RichWellBantu, RichWorks International Sdn. Bhd telah melancarkan kempen untuk membantu lebih 2,000 keluarga dengan dana terkumpul sebanyak RM501,497.

RichWorks juga tampil untuk membantu mangsa banjir pada 18 Desember  2021 lalu dan berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM500,000.00 hasil sumbangan usahawan RichWorks dalam tempoh 24jam. Dengan dana itu juga, ia merupakan tanda untuk Richworks bantu rakyat dan Richworks prihatin.




RichWorks milestone sepanjang 2021




  1. RichWorks bersama ahli kelas Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban.

  2. Ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga telah menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.

  3. RichWorks mengadakan program bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.

  4. Peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.

  5. Ahli Titanium, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

  6. Sebanyak 72 usahawan berjaya mencapai jualan RM1 juta pertama setahun, melalui program bimbingan Spire.

  7. 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.




Radz Mohd, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks (https://richworks.com), mengucap rasa syukur atas kejayaan dan ujian yang dihadapi sepanjang 2021. Beliau berharap segala usaha ini akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, dan dapat membantu lebih ramai bangsa usahawan, insyaAllah.


Latar belakang RichWorks



Bersama ini disertakan serba sedikit latar belakang RichWorks untuk pembaca yang masih belum mengenali lagi. 

Syarikat yang diterajui oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman, sebagai Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd adalah syarikat penjenamaan & pemasaran dalam membimbing dan memberi latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia.

Semenjak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online) dan berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan melalui program strategi perniagaan dan program mentoring.

RichWorks meletakkan visi untuk menjadi Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025. Richworks bantu rakyat yang ingin berniaga dan berjaya.


Richworks Bantu Rakyat Dengan Kepakaran Mereka

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Bukan sahaja seminar atau kelas, tetapi Richworks prihatin dan telah menyediakan video pembelajaran untuk memudahkan usahawan menuntut ilmu. Selain itu, ini cara Richworks bantu rakyat iaitu sesiapa sahaja boleh berniaga asalkan ada ilmu yang betul. Richworks prihatin bahawa ilmu perniagaan dan tindakan adalah sangat penting.





Terima kasih Richworks bantu rakyat dalam meningkatkan prestasi perniagaan selama ini. Semoga tahun 2022 ini memberi kejayaan kepada RichWorks dalam membantu lebih ramai lagi para Bangsa Usahawan bangkit berjuang dalam perniagaan mereka.